Jom Ke Bazaria EMINENT '09

Thursday, March 19, 2009

Foto Kenangan MANIS '09







MANIS '09 meninggalkan seribu kenangan bagi peserta yang telah melibatkan diri ke dalam program mega tahunan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT). Kenangan ini tentunya lebih indah untuk diabadikan sebagai penguat kepada usaha dan gerak kerja bermula dari DPMT hingga ke perongkat akar umbi untuk meneruskan lagi kesinambungan aktiviti dan sebarang bentuk program untuk meningkatkan lagi kebajikan ahli serta memberi ruang thaqafah guna mencurah bakti untuk ahli DPMT. Gambar ini sebagai kenangan dan penghargaan DPMT untuk ahli yang telah bertungkus lumus menjayakan EMINENT '09. Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik pautan FOTO.

Read more...

Tuesday, March 17, 2009

MANIS Menutup Tirai EMINENT '09

Malam Kebudayaan & Kesenian Islam 'MANIS 09' menjadi acara kemuncak dan penutup program EMINENT '09 yang diadakan selama seminggu.
Bermula perasmiannya pada 8 Mac sehingga 14 Mac pelbagai acara menarik mengisi perjalanan EMINENT '09. MANIS '09 yang diadakan di Dewan Muktamarat Kuliah Tib menampilkan kelainan berbanding EMINENT yang diadakan pada tahun lalu.
Pengarah EMINENT '09 Ustaz Mohd Zuhdi Mat Piah menyampaikan ucapan dengan melahirkan gembira diatas segala bantuan yang dihulurkan oleh semua tenaga kerja dalam memastikan perjalanan bahtera EMINENT '09 dapat dikemudi dengan sebaiknya. Beliau juga memohon kemaafan diatas segala kekurangan yang dihadapi sepanjang kelangsungan EMINENT '09.
Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) juga memberi ucapan dalam majlis kemuncak EMINENT '09 dengan nada terharu diatas komitmen yang diberi oleh ahli DPMT dan PCT selama mana perjalanan EMINENT '09.
Rasa kegembiraan ini turut dikongsi bersama oleh Ustaz Abdul Muiz Muhammad selaku Timbalan Presiden PMRAM yang merasmikan upacara penutup EMINENT '09. Beliau merasakan dengan kerjasama erat daripada DPMT dan PCT akan melahirkan satu kombinasi tenaga kerja yang mantap dalam mendepani arus perjuangan suata masa nanti. Beliau juga merasa bersyukur dan bangga dengan kejayaan EMINENT '09 dengan penyertaan yang lebih ramai dikalangan pelajar al-Azhar dan pelajar Perubatan Cawangan Tanta (PCT).
Pada malam tersebut pelbagai acara menarik menghiasi acara kemuncak penutupan EMINENT '09. Antaranya persembahan nasyid, dikir barat, wayang kulit, pantomen, persembahan slide show, cabutan bertuah dan pembahagian hadiah kepada pemenang dalam pertandingan yang diadakan sepanjang EMINENT '09.
Penyanyi kumpulan UNIC Ustaz Bazli turut diundang untuk menghiburkan peserta dengan menyampaikan beberapa buah lagu serta menjemput beberapa hadirin untuk turut sama membuat persembahan di pentas.
Skuad bola sepak Tanta yang menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden baru-baru ini turut menerima anugerah sebgai simbolik dan penghargaan DPMT diatas kemenangan yang diperolehi. Tayangan slide show sinopsis skuad Tanta menerima piala kejuaraan di Zaqzig menerima tepukan gemuruh seluruh hadirin yang hadir.
Kejayaan EMINENT '09 membuktikan kesungguhan dan kerjasama yang erat dikalangan pelajar al-Azhar dan pelajar perubatan. Ia mengikat perpaduan dan mengukuhkan lagi sebuah pakatan yang dibina untuk menjaga kebajikan ahli seterusnya melahirkan pelajar yang berilmu dan beramal dalam setiap apa yang dipelajari dan diperolehi sepanjang keberadaan di bumi yang dipenuhi keberkatan, sejarah dan perjuangan - Mesir.

Read more...

Saturday, March 14, 2009

Bazar Dibanjiri Pengunjung Pada Hari Terakhir

Oleh kerana hari ini merupakan hari yang terakhir untuk Bazar Eminent , pengunjung Eminent mengambil peluang ini untuk menikmati hidangan di Bazar sejak tengahari lagi dan Bazar Eminent akan berakhir pada sebelah malamnya pada jam 12.00

Read more...

Taklimat HPA

Ustaz Hasbulnizam sebagai wakil HPA di sini berkesempatan selepas daripada pembentangan kertas kerja Dr.Effy iaitu menyampaikan amanat HPA dari Malaysia yang mana telah difahamkan oleh Ust Hasbul bahawa HPA antara penyumbang utama kepada program Eminent pada tahun ini, oleh itu Ustaz Hasbul menyampaikan pembentangan secara ringkas antara peluang-peluang yang ada di dalam HPA.

Read more...

Al-Quran Dan Perubatan

Hari ini telah masuk hari ke-5 Eminent menjalankan agendanya. 'Al-quran Dan Perubatan' merupakan fokus yang ke-2 di dalam agenda Eminent kali ini yang disampaikan oleh Dr.Mohd Effy Saiful Mohd Fathil yan merupakan pelajar perubatan Universiti Al-Azhar Kaherah. Pembentangan kertas kerja ini telah menarik minat di kalangan mahasiswa untuk mengambil manfaat dari apa yang telah dibentangkan terutamanya di kalangan pelajar perubatan disini, antaranya isi kandungan menarik yang telah dibentangkan oleh Dr.Effy ialah Al-Quran dan Sains, Al-Quran dan Neurologi, Al-Quran dan Dactyloscopy, Al-Quran dan Ashabul Kahfi, Al-Quran dan pengharaman babi dan lain-lain lagi. Perbentangan berrmula dalam jam 4.20 petang dan berakhir pada jam 5.40 petang.

Read more...

Thursday, March 12, 2009

Bait Muslim Mengisi Slot Pertandingan Bayi Comel

11 Mac - Bait Muslim mengisi ruang pada hari ke-4 Eminet dengan menganjurkan Pertandingan Bayi Comel yang dikendalikan oleh akhawat perubatan.Program ini diadakan di Dewan Utama Eminent pada jam 4.20 petang. Pertandingan ini telah menghimpunkan pasangan mutazawwijin di Tanta ini bersama anak masing-masing. Pertandingan yang dinilai dari sudut pakaian, aksi bayi dan dinilai dari sudut reaksi anak masing-masing bersama penonton dan ibu bapa dalam masa 4 minit. Antara yang masuk bertanding adalah anak Ustaz Nurul Hisyam adik Aisya Humaira yang penuh bergaya dengan pemakaian ala rama-rama. Adik afif pasangan Ustaz Takiyuddin, adik Haikal anak Ustaz Shahrizan gelagat aktif yang menceriakan penonton. Turut bertanding anak Ustaz Nik Ahmad Shahir adik Usamah yang bertemakan "saya sayang haiwan" yang mencuit hati barisan pengadil. Anak Ust Nahi adik Nuha yang bergaya dengan baju kurung dan selendang dengan warna yang sedondon dan bertemakan sehati sejiwa sekeluarga, ketua Bait Muslim Tanta Ustaz Abdullah juga mengambil peluang ini untuk mempertandingkan adik Unais yang comel dengan jubahnya dan peserta terakhir adik Aslam anak Ustazah Salwa dan Ustaz Hafiz. Program yang berkakhir sekitar jam 6.30 malam tertutup untuk pasangan Mutazawwijin dan akhawat sahaja dan pemenang akan diumumkan pada Malam Penutup Eminent MANIS 09 nanti.

Read more...

Perasmian Mini-Pavilion

11 Mac - Mini-Pavilion yang diketuai oleh Ust Mui'n mengambil kesempatan untuk mengambil bahagian dalam acara pameran yang dibuat di Markaz DPMT di Bait Izzah iaitu pameran Mini-Pavilion semperna memperingati Palestin dan pameran ini telah dirasmikan oleh Ust Wan Hadiyuddin selaku penasihat DPMT dan turut hadir pada acara perasmian tersebut adalah Pengarah Program Eminet 09 Ustaz Zuhdi Mat Piah dan Ustaz Faizol Endut Pengerusi DPMT. Pameran Mini-Pavilion ini bertemakan 'hati kami bersama Gaza' .Banyak yang telah dipamerkan oleh Mini-Pavilion di tapak pameran seperti gambar-gambar rakyat Palestin yang diserang di sempadan Gaza, kronologi Palestin, sejarah Israel Laknatullah dan banyak lagi. Tidak ketinggalan rombongan yang diketuai oleh Penasihat DPMT itu melawat tapak pameran Perubatan yang disediakan oleh pelajar Perubatan Tanta.

Read more...

About This Blog

About This Blog

Tukar Dokumen Anda Ke PDF

You did it! Your document will be now converted into a pdf file and sent to the specified e-mail address. It will take a little time, please be patient...
Pilih Dokumen
Masukkan emel anda

Dapatkan PDF melalui emel anda

  © EMINENT '09 www.eminent09.blogspot.com Hak Cipta Terpelihara 2009

Kembali ke ATAS