Jom Ke Bazaria EMINENT '09

Thursday, March 12, 2009

Ceramah Maulidur Rasulullah S.A.W

Malam pada hari ke-2 program EMINENT ’09 bersamaan 12 Rabi`ul Awwal 1430 H/9 MAC 2009 iaitu pada hari Isnin, telah diadakan Ceramah Maulidur Rasulullah S.A.W. Penceramah jemputan kali ini ialah Ustaz Syed Abd. Kadir bin Syed Hussin Al-Joofre. Tepat jam 8.23 beliau telah tiba di Tapak EMINENT `09 dan diiringi oleh pengerusi majlis Ustaz Muslim. Sejurus selepas itu, Ustaz Helmi telah menjemput Ustaz Khairul Anuar untuk memimpin selawat dan pujian kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Semua hadirin dijemput bangun dan bersama-sama untuk berselawat memberi pujian kepada Nabi Muhammad S.A.W. Para hadirin berselawat dengan penuh semangat tanda rindu dan kasih mereka terhadap Rasulullah S.A.W. Ustaz Muslim dijemput untuk mempengerusikan majlis pada malam itu. Beliau telah menerangkan biodata Ust Syed Abd Kadir.Ust Syed Abd Kadir berasal dari Gombak, Selangor. Beliau juga merupakan bekas pelajar Universti Al-Azhar Tanta dan tamat pengajian pada tahun 2003. Sekarang ini beliau telah menyambung pengajian dengan mengambil Master di Maftuh Ameriki. Beliau juga menjawat jawatan Pengerusi Perumahan dan Pengarah Bait Muslim. Tepat jam 9 malam, Ust Syed Abd Kadir telah dijemput untuk memberikan ucapan sempena Maulidur Rasul yang bertajuk Maulid Rasulullah S.A.W. Dalam ucapan tersebut, beliau telah menyatakan tentang pengusulan maulud dibai’e yang lebih mudah dibaca oleh semua orang. Beliau juga telah mengajak para hadirin untuk menyegarkan kembali kasih sayang terhadap Rasulullah. Beliau juga mengingatkan kita untuk sentiasa menambahkan keimanan dan kecintaan kepada Rasulullah. Antara cara untuk menambahkan kasih sayang terhadap Rasulullah ialah dengan mengkaji sirah hidup junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Beliau juga telah menceritakan sirah Rasulullah kepada para hadirin iaitu semasa Rasulullah hidup, baginda sentiasa ingat kepada kita. Banyak sirah hidup baginda telah membuktikan baginda amat merindui kita sebagai umatnya. Beliau juga menggesa agar kita menghidupkan jiwa Rasulullah dalam hati-hati kita. Beliau juga menceritakan tentang sirah para sahabat yang rindu kepada Rasulullah terutamanya kisah Sayyidina Ayub Al-Ansari dan Bilal bin Rabah. Selain itu, kita disarankan agar muhasabah diri kembali sejauh manakah cinta kita kepada Rasulullah, adakah kita lebih mencintai dunia sehingga takut kepada kematian melebihi cinta kita kepada Rasulullah. Beliau juga menyatakan perayaan menyambut maulidur rasul bukan perayaan bid’ah. Rasulullah sendiri merayakan Maulidur Rasul dengan berpuasa setiap hari Isnin kerana baginda lahir pada hari Isnin. Beliau juga menyarankan para hadirin agar sentiasa menambah satu sunnah baginda setiap kali maulidur rasul.tajdidkan sunnah seperti saranan oleh Dr Haron Din. Berkenaan selawat pula beliau mengajak para hadirin untuk memahami setiap perkataan selawat tersebut dan bukan hanya sekadar melafaz tetapi kita perlulah membuktikan kita mencintai Rasulullah dengan cara-cara yang baik dan tertentu. Tepat pukul 10, Ust Syed Abd. Kadir telah menamatkan ucapan beliau yang mantap dan serba ringkas tetapi mempunyai isi yang banyak.

0 comments:

About This Blog

About This Blog

Tukar Dokumen Anda Ke PDF

You did it! Your document will be now converted into a pdf file and sent to the specified e-mail address. It will take a little time, please be patient...
Pilih Dokumen
Masukkan emel anda

Dapatkan PDF melalui emel anda

  © EMINENT '09 www.eminent09.blogspot.com Hak Cipta Terpelihara 2009

Kembali ke ATAS