MANIS Menutup Tirai EMINENT '09
Bermula perasmiannya pada 8 Mac sehingga 14 Mac pelbagai acara menarik mengisi perjalanan EMINENT '09. MANIS '09 yang diadakan di Dewan Muktamarat Kuliah Tib menampilkan kelainan berbanding EMINENT yang diadakan pada tahun lalu.
Pengarah EMINENT '09 Ustaz Mohd Zuhdi Mat Piah menyampaikan ucapan dengan melahirkan gembira diatas segala bantuan yang dihulurkan oleh semua tenaga kerja dalam memastikan perjalanan bahtera EMINENT '09 dapat dikemudi dengan sebaiknya. Beliau juga memohon kemaafan diatas segala kekurangan yang dihadapi sepanjang kelangsungan EMINENT '09.
Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) juga memberi ucapan dalam majlis kemuncak EMINENT '09 dengan nada terharu diatas komitmen yang diberi oleh ahli DPMT dan PCT selama mana perjalanan EMINENT '09.
Rasa kegembiraan ini turut dikongsi bersama oleh Ustaz Abdul Muiz Muhammad selaku Timbalan Presiden PMRAM yang merasmikan upacara penutup EMINENT '09. Beliau merasakan dengan kerjasama erat daripada DPMT dan PCT akan melahirkan satu kombinasi tenaga kerja yang mantap dalam mendepani arus perjuangan suata masa nanti. Beliau juga merasa bersyukur dan bangga dengan kejayaan EMINENT '09 dengan penyertaan yang lebih ramai dikalangan pelajar al-Azhar dan pelajar Perubatan Cawangan Tanta (PCT).
Pada malam tersebut pelbagai acara menarik menghiasi acara kemuncak penutupan EMINENT '09. Antaranya persembahan nasyid, dikir barat, wayang kulit, pantomen, persembahan slide show, cabutan bertuah dan pembahagian hadiah kepada pemenang dalam pertandingan yang diadakan sepanjang EMINENT '09.
Penyanyi kumpulan UNIC Ustaz Bazli turut diundang untuk menghiburkan peserta dengan menyampaikan beberapa buah lagu serta menjemput beberapa hadirin untuk turut sama membuat persembahan di pentas.
Skuad bola sepak Tanta yang menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden baru-baru ini turut menerima anugerah sebgai simbolik dan penghargaan DPMT diatas kemenangan yang diperolehi. Tayangan slide show sinopsis skuad Tanta menerima piala kejuaraan di Zaqzig menerima tepukan gemuruh seluruh hadirin yang hadir.
Kejayaan EMINENT '09 membuktikan kesungguhan dan kerjasama yang erat dikalangan pelajar al-Azhar dan pelajar perubatan. Ia mengikat perpaduan dan mengukuhkan lagi sebuah pakatan yang dibina untuk menjaga kebajikan ahli seterusnya melahirkan pelajar yang berilmu dan beramal dalam setiap apa yang dipelajari dan diperolehi sepanjang keberadaan di bumi yang dipenuhi keberkatan, sejarah dan perjuangan - Mesir.
0 comments:
Post a Comment