Jom Ke Bazaria EMINENT '09

Thursday, March 19, 2009

Foto Kenangan MANIS '09







MANIS '09 meninggalkan seribu kenangan bagi peserta yang telah melibatkan diri ke dalam program mega tahunan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT). Kenangan ini tentunya lebih indah untuk diabadikan sebagai penguat kepada usaha dan gerak kerja bermula dari DPMT hingga ke perongkat akar umbi untuk meneruskan lagi kesinambungan aktiviti dan sebarang bentuk program untuk meningkatkan lagi kebajikan ahli serta memberi ruang thaqafah guna mencurah bakti untuk ahli DPMT. Gambar ini sebagai kenangan dan penghargaan DPMT untuk ahli yang telah bertungkus lumus menjayakan EMINENT '09. Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik pautan FOTO.

Read more...

Tuesday, March 17, 2009

MANIS Menutup Tirai EMINENT '09

Malam Kebudayaan & Kesenian Islam 'MANIS 09' menjadi acara kemuncak dan penutup program EMINENT '09 yang diadakan selama seminggu.
Bermula perasmiannya pada 8 Mac sehingga 14 Mac pelbagai acara menarik mengisi perjalanan EMINENT '09. MANIS '09 yang diadakan di Dewan Muktamarat Kuliah Tib menampilkan kelainan berbanding EMINENT yang diadakan pada tahun lalu.
Pengarah EMINENT '09 Ustaz Mohd Zuhdi Mat Piah menyampaikan ucapan dengan melahirkan gembira diatas segala bantuan yang dihulurkan oleh semua tenaga kerja dalam memastikan perjalanan bahtera EMINENT '09 dapat dikemudi dengan sebaiknya. Beliau juga memohon kemaafan diatas segala kekurangan yang dihadapi sepanjang kelangsungan EMINENT '09.
Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) juga memberi ucapan dalam majlis kemuncak EMINENT '09 dengan nada terharu diatas komitmen yang diberi oleh ahli DPMT dan PCT selama mana perjalanan EMINENT '09.
Rasa kegembiraan ini turut dikongsi bersama oleh Ustaz Abdul Muiz Muhammad selaku Timbalan Presiden PMRAM yang merasmikan upacara penutup EMINENT '09. Beliau merasakan dengan kerjasama erat daripada DPMT dan PCT akan melahirkan satu kombinasi tenaga kerja yang mantap dalam mendepani arus perjuangan suata masa nanti. Beliau juga merasa bersyukur dan bangga dengan kejayaan EMINENT '09 dengan penyertaan yang lebih ramai dikalangan pelajar al-Azhar dan pelajar Perubatan Cawangan Tanta (PCT).
Pada malam tersebut pelbagai acara menarik menghiasi acara kemuncak penutupan EMINENT '09. Antaranya persembahan nasyid, dikir barat, wayang kulit, pantomen, persembahan slide show, cabutan bertuah dan pembahagian hadiah kepada pemenang dalam pertandingan yang diadakan sepanjang EMINENT '09.
Penyanyi kumpulan UNIC Ustaz Bazli turut diundang untuk menghiburkan peserta dengan menyampaikan beberapa buah lagu serta menjemput beberapa hadirin untuk turut sama membuat persembahan di pentas.
Skuad bola sepak Tanta yang menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden baru-baru ini turut menerima anugerah sebgai simbolik dan penghargaan DPMT diatas kemenangan yang diperolehi. Tayangan slide show sinopsis skuad Tanta menerima piala kejuaraan di Zaqzig menerima tepukan gemuruh seluruh hadirin yang hadir.
Kejayaan EMINENT '09 membuktikan kesungguhan dan kerjasama yang erat dikalangan pelajar al-Azhar dan pelajar perubatan. Ia mengikat perpaduan dan mengukuhkan lagi sebuah pakatan yang dibina untuk menjaga kebajikan ahli seterusnya melahirkan pelajar yang berilmu dan beramal dalam setiap apa yang dipelajari dan diperolehi sepanjang keberadaan di bumi yang dipenuhi keberkatan, sejarah dan perjuangan - Mesir.

Read more...

Saturday, March 14, 2009

Bazar Dibanjiri Pengunjung Pada Hari Terakhir

Oleh kerana hari ini merupakan hari yang terakhir untuk Bazar Eminent , pengunjung Eminent mengambil peluang ini untuk menikmati hidangan di Bazar sejak tengahari lagi dan Bazar Eminent akan berakhir pada sebelah malamnya pada jam 12.00

Read more...

Taklimat HPA

Ustaz Hasbulnizam sebagai wakil HPA di sini berkesempatan selepas daripada pembentangan kertas kerja Dr.Effy iaitu menyampaikan amanat HPA dari Malaysia yang mana telah difahamkan oleh Ust Hasbul bahawa HPA antara penyumbang utama kepada program Eminent pada tahun ini, oleh itu Ustaz Hasbul menyampaikan pembentangan secara ringkas antara peluang-peluang yang ada di dalam HPA.

Read more...

Al-Quran Dan Perubatan

Hari ini telah masuk hari ke-5 Eminent menjalankan agendanya. 'Al-quran Dan Perubatan' merupakan fokus yang ke-2 di dalam agenda Eminent kali ini yang disampaikan oleh Dr.Mohd Effy Saiful Mohd Fathil yan merupakan pelajar perubatan Universiti Al-Azhar Kaherah. Pembentangan kertas kerja ini telah menarik minat di kalangan mahasiswa untuk mengambil manfaat dari apa yang telah dibentangkan terutamanya di kalangan pelajar perubatan disini, antaranya isi kandungan menarik yang telah dibentangkan oleh Dr.Effy ialah Al-Quran dan Sains, Al-Quran dan Neurologi, Al-Quran dan Dactyloscopy, Al-Quran dan Ashabul Kahfi, Al-Quran dan pengharaman babi dan lain-lain lagi. Perbentangan berrmula dalam jam 4.20 petang dan berakhir pada jam 5.40 petang.

Read more...

Thursday, March 12, 2009

Bait Muslim Mengisi Slot Pertandingan Bayi Comel

11 Mac - Bait Muslim mengisi ruang pada hari ke-4 Eminet dengan menganjurkan Pertandingan Bayi Comel yang dikendalikan oleh akhawat perubatan.Program ini diadakan di Dewan Utama Eminent pada jam 4.20 petang. Pertandingan ini telah menghimpunkan pasangan mutazawwijin di Tanta ini bersama anak masing-masing. Pertandingan yang dinilai dari sudut pakaian, aksi bayi dan dinilai dari sudut reaksi anak masing-masing bersama penonton dan ibu bapa dalam masa 4 minit. Antara yang masuk bertanding adalah anak Ustaz Nurul Hisyam adik Aisya Humaira yang penuh bergaya dengan pemakaian ala rama-rama. Adik afif pasangan Ustaz Takiyuddin, adik Haikal anak Ustaz Shahrizan gelagat aktif yang menceriakan penonton. Turut bertanding anak Ustaz Nik Ahmad Shahir adik Usamah yang bertemakan "saya sayang haiwan" yang mencuit hati barisan pengadil. Anak Ust Nahi adik Nuha yang bergaya dengan baju kurung dan selendang dengan warna yang sedondon dan bertemakan sehati sejiwa sekeluarga, ketua Bait Muslim Tanta Ustaz Abdullah juga mengambil peluang ini untuk mempertandingkan adik Unais yang comel dengan jubahnya dan peserta terakhir adik Aslam anak Ustazah Salwa dan Ustaz Hafiz. Program yang berkakhir sekitar jam 6.30 malam tertutup untuk pasangan Mutazawwijin dan akhawat sahaja dan pemenang akan diumumkan pada Malam Penutup Eminent MANIS 09 nanti.

Read more...

Perasmian Mini-Pavilion

11 Mac - Mini-Pavilion yang diketuai oleh Ust Mui'n mengambil kesempatan untuk mengambil bahagian dalam acara pameran yang dibuat di Markaz DPMT di Bait Izzah iaitu pameran Mini-Pavilion semperna memperingati Palestin dan pameran ini telah dirasmikan oleh Ust Wan Hadiyuddin selaku penasihat DPMT dan turut hadir pada acara perasmian tersebut adalah Pengarah Program Eminet 09 Ustaz Zuhdi Mat Piah dan Ustaz Faizol Endut Pengerusi DPMT. Pameran Mini-Pavilion ini bertemakan 'hati kami bersama Gaza' .Banyak yang telah dipamerkan oleh Mini-Pavilion di tapak pameran seperti gambar-gambar rakyat Palestin yang diserang di sempadan Gaza, kronologi Palestin, sejarah Israel Laknatullah dan banyak lagi. Tidak ketinggalan rombongan yang diketuai oleh Penasihat DPMT itu melawat tapak pameran Perubatan yang disediakan oleh pelajar Perubatan Tanta.

Read more...

Surah aL-Isra' Janji Allah Terhadap Bani Israel

11 Mac.Eminet telah masuk hari keempat hari ini dan pada petang ini Ustaz Nik Ahmad Shahir telah membentangkan kepada hadirin dan hadirat dalam tafsir surah Al-Isra' dan janji Allah kepada kaum Bani Israel. Banyak input yang telah beliau sampaikan dalam slot tersebut antaranya kronologi kaum Bani Israel Laknatullah dan beliau banyak menceritakan latar belakang yang sebenar mengenai Bani Israel ini dari zaman para anbia' hingga tertubuhnya negara haram Israel dan sehingga terdapat kajian para ulama' bahawa tahun 2022 adalah saat kehancuran bangsa Yahudi Laknatullah ini dengan pengiraan i'jaz a'dad yang terdapat dalam Al-Quran. Slot ini berakhir sekitar jam 5.00 petang

Read more...

Hentikan Membahas Masalah Furu' - Ustaz Nazrul

10 Mac. Eminent terus aktif dengan program yang disusun, hari ini masuk hari ketiga Eminent dan kali ini Eminent menampilkan penceramah yang tidak asing lagi dikalangan mahasiswa di bumi mesir ini, Ustaz Muhammad Nazrul Abd Nasir dijemput kali ini sebagai pendiskusi kitab 'kaifa nata'ammul ma'al quranu azim' karangan Dr.Yusof Qaradhawi. Diskusi bermula jam 2.00 petang dan didapati ruang dewan dipenuhi ramai mahasiswa yang tidak ingin melepaskan peluang untuk mengikuti slot diskusi kitab yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazrul. Sememangnya kitab tersebut tidak dapat untuk dihabiskan dalam masa sejam, namun apa yang disampaikan adalah fikrah pemahaman yang ingin disampaikan oleh pengarang dan itulah sebenarnya daurah berkata Ustaz Nazrul ketika memulakan ceramahnya. Kitab tersebut berkisar kepada kaedah atau method pemahaman al-Quran untuk diamalkan didalam kehidupan seorang muslim. Bercakap beliau kepada wartawan apabila diajukan mengenai permasalahan bida'ah yang sering bermain di fikiran masyarakat kita di Malaysia, beliau menyebut bida'ah ianya bukan suatu hukum, contohnya apabila ditanya mengenai apa hukum menyambut Maulud, jika ada yang menjawab hukum menyambut Maulud adalah bida'ah amat salah kerana yang ditanyanya hukum akan tetapi bida'ah bukannya suatu hukum dan sebagai seorang al-Azhari perlulah mengetahui setiap permasalahan ini dengan lebih mendalam dan seharusnya perlu diingat permasalahan ini tidak perlu dibahas dengan panjang lebar kerana ini hanya masalah furu', banyak lagi masalah yang perlu dibincangkan dan yang lebih aula' contohnya isu Palestin yang membelenggu umat Islam masa kini. Tambah Ustaz Nazrul lagi di sinilah peranan yang amat besar sebagai serang yang belajar agama yang bakal mendidik masyarakat dengan al-Quran dan method dakwah yang teratur sepertimana yang disebut dalam al-Quran dakwah bilhikmah, peringatan, mempertahankan jalan da'wah dan beberapa toriqul da'wah yang lain yang perlu dikuasai oleh al-Azhari khususnya. Diskusi berakhir sekitar jam 3.45 petang.

Read more...

Pertandingan Membuat Cocktail

Pertandingan membuat cocktail merupakan antara pertandingan yang dilangsungkan di Bazar sempena Program EMINENT `09 kali ini. Pertandingan ini diadakan di bazar sejurus selepas ceramah Malidur Rasul di Tapak Dewan EMINENT `09. Juri yang mengadili pertandingan ini terdiri daripada Ustaz Mohd Efizi Hussin dan Ustaz Mohamad Ridhuan Othman. Peserta terdiri daripada Ustaz Muhammad Nabhan, Ustaz Khairunnaim, Ustaz Khushairi, Dr. Majid, Ustaz Wan Haniff, Ustaz Muhammad Aza Firdaus.
Pertandingan membuat cocktail ini memerlukan bakat dan keyakinan yang tinggi untuk memenangi pertandingan ini. Antara bahan yang digunakan oleh para peserta ialah susu, gula, dan buah-buahan. Buah-buahan pula terdiri daripada strawberi, pisang, epal dan oren. Hampir semua peserta telah menggunakan bahan-bahan tersebut untuk menarik perhatian para juri.
Setelah para peserta selesai membuat cocktail, cocktail mereka telah diadili oleh para juri. Dengan kearifan dan keadilan para juri ini, kita tidak perlu untuk berasa ragu kerana juri ini bukan calang-calang orangnya. Pemenang bagi pertandingan mencipta cocktail ini telah dimenangi oleh Ustaz Aza Firdaus. Beliau telah mendapat tepukan yang gemuruh daripada para penonton yang hadir.

Read more...

Sudut Medical Check Up

Selepas tamat ceramah, PCT (Perubatan Cawangan Tanta) telah mengadakan Sudut Medical check Up untuk para hadirin yang hadir. Doktor-doktor yang mengadakan medical check up terdiri daripda pelajar perubatan sendiri. Meja Jepun yang berbentuk bulat telah disusun di hujung dewan Tapak EMINENT.
Tepat jam 10.15, pemeriksaan telah mula dilakukan oleh pelajar-pelajar perubatan. Terdapat 5 meja yang menempatkan pelajar-pelajar perubatan sebagai kaunter untuk pemeriksaan. Meja pertama menempatkan Dr. Izwan dan Dr. Irfan untuk memeriksa Body Mass Index. Meja kedua & ketiga pula menempatkan Dr. Syakir dan Dr. Afiq untuk memeriksa tekanan darah. Meja keempat pula diisi oleh Dr. Sofian untuk memeriksa jenis darah dan meja terakhir diisi oleh Dr Fawwaz dan Dr Azhan sebagai penasihat atau caunsellor kepada pelanggan.
Sudut tersebut amat menarik pelanggan-pelanggan untuk memeriksa tahap kesihatan diri mereka. Terdapat lebih kurang 50 orang yang mendaftarkan diri sebagai pelanggan pada malam tersebut.

Read more...

Ceramah Maulidur Rasulullah S.A.W

Malam pada hari ke-2 program EMINENT ’09 bersamaan 12 Rabi`ul Awwal 1430 H/9 MAC 2009 iaitu pada hari Isnin, telah diadakan Ceramah Maulidur Rasulullah S.A.W. Penceramah jemputan kali ini ialah Ustaz Syed Abd. Kadir bin Syed Hussin Al-Joofre. Tepat jam 8.23 beliau telah tiba di Tapak EMINENT `09 dan diiringi oleh pengerusi majlis Ustaz Muslim. Sejurus selepas itu, Ustaz Helmi telah menjemput Ustaz Khairul Anuar untuk memimpin selawat dan pujian kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Semua hadirin dijemput bangun dan bersama-sama untuk berselawat memberi pujian kepada Nabi Muhammad S.A.W. Para hadirin berselawat dengan penuh semangat tanda rindu dan kasih mereka terhadap Rasulullah S.A.W. Ustaz Muslim dijemput untuk mempengerusikan majlis pada malam itu. Beliau telah menerangkan biodata Ust Syed Abd Kadir.Ust Syed Abd Kadir berasal dari Gombak, Selangor. Beliau juga merupakan bekas pelajar Universti Al-Azhar Tanta dan tamat pengajian pada tahun 2003. Sekarang ini beliau telah menyambung pengajian dengan mengambil Master di Maftuh Ameriki. Beliau juga menjawat jawatan Pengerusi Perumahan dan Pengarah Bait Muslim. Tepat jam 9 malam, Ust Syed Abd Kadir telah dijemput untuk memberikan ucapan sempena Maulidur Rasul yang bertajuk Maulid Rasulullah S.A.W. Dalam ucapan tersebut, beliau telah menyatakan tentang pengusulan maulud dibai’e yang lebih mudah dibaca oleh semua orang. Beliau juga telah mengajak para hadirin untuk menyegarkan kembali kasih sayang terhadap Rasulullah. Beliau juga mengingatkan kita untuk sentiasa menambahkan keimanan dan kecintaan kepada Rasulullah. Antara cara untuk menambahkan kasih sayang terhadap Rasulullah ialah dengan mengkaji sirah hidup junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Beliau juga telah menceritakan sirah Rasulullah kepada para hadirin iaitu semasa Rasulullah hidup, baginda sentiasa ingat kepada kita. Banyak sirah hidup baginda telah membuktikan baginda amat merindui kita sebagai umatnya. Beliau juga menggesa agar kita menghidupkan jiwa Rasulullah dalam hati-hati kita. Beliau juga menceritakan tentang sirah para sahabat yang rindu kepada Rasulullah terutamanya kisah Sayyidina Ayub Al-Ansari dan Bilal bin Rabah. Selain itu, kita disarankan agar muhasabah diri kembali sejauh manakah cinta kita kepada Rasulullah, adakah kita lebih mencintai dunia sehingga takut kepada kematian melebihi cinta kita kepada Rasulullah. Beliau juga menyatakan perayaan menyambut maulidur rasul bukan perayaan bid’ah. Rasulullah sendiri merayakan Maulidur Rasul dengan berpuasa setiap hari Isnin kerana baginda lahir pada hari Isnin. Beliau juga menyarankan para hadirin agar sentiasa menambah satu sunnah baginda setiap kali maulidur rasul.tajdidkan sunnah seperti saranan oleh Dr Haron Din. Berkenaan selawat pula beliau mengajak para hadirin untuk memahami setiap perkataan selawat tersebut dan bukan hanya sekadar melafaz tetapi kita perlulah membuktikan kita mencintai Rasulullah dengan cara-cara yang baik dan tertentu. Tepat pukul 10, Ust Syed Abd. Kadir telah menamatkan ucapan beliau yang mantap dan serba ringkas tetapi mempunyai isi yang banyak.

Read more...

RAMAH MESRA BERSAMA PMRAM

Eminent meneruskan agendanya pada hari ke-2, pada sebelah petangnya iaitu slot meramah mesra bersama pimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).Talk Show bersama PMRAM ini diwakili oleh barisan BP PMRAM dan Barisan HEWI, antara BP yang hadir Ustaz Zuhaili Saiman, Ustaz Abd Muizz Muhammad selaku Timb. Presiden, Ustaz Khusaini Md Yusof, Penasihat PMRAM Ust Fakhri Muhaiyidin dan Ustazah Norfaizah Mad Ali serta barisan HEWI lain yang turut hadir.

Slot Ramah Mesra ini bermula sekitar jam 2.45 petang dan dipengerusikan oleh Ustaz Zuhaili Saiman. Slot bermula dengan sesi taaruf barisan kepimpinan yang hadir dan pengenalan kepada PMRAM yang disampaikan oleh Ustaz Fakhri Muhaiyidin dan Ustaz Muiz Muhammad. Program diteruskan slot soal jawab bersama para hadirin yang hadir.

Kehangatan mula dirasai apabila slot muhasabah juga turut diselingkan dan bertalu-talu soalan daripada hadirin dan sesi soal jawab terpaksa dihadkan atas faktor masa. Slot berakhir sekitar jam 3.40 petang dan sememangnya slot ini antara agenda yang dinanti-nantikan oleh ahli dengan mendapat sambutan yang amat mengalakkan.

Read more...

Monday, March 9, 2009

Bazar EMINENT '09 Menyediakan Hidangan Istimewa

Suasana di tapak bazaria EMINENT '09 begitu meriah dengan kehadiran pengunjung daripada mahasiswa pengajian agama dan juga mahasiswa/wi perubatan. Tidak ketinggalan tetamu dari muhafazah lain juga turut hadir menikmati juadah hidangan yang jarang-jarang diperolehi.
Bazaria EMINENT '09 dibuka sebaik saja selesai acara dewan melibatkan slot-slot tertentu yang pastinya menarik perhatian pengunjung dan memberi informasi yang berguna.
Sebanyak 12 gerai menyediakan menu EMINENT '09 sebagai melengkapkan lagi acara tahunan yang diadakan ini.
Ustaz Mohd Fawwaz Iqbal antara salah seorang tetamu yang hadir ke bazaria EMINENT '09 berkata bazaria EMINENT '09 dapat mengeratkan hubungan antara mahasiswa lebih-lebih lagi antara mahasiswa pengajian Islam dan juga perubatan. Tambah beliau lagi, dengan adanya bazar dapat merapatkan lagi ukhuwah dengan mahasiswa lain yang hanya datang untuk slot ilmiah, tetapi bazar ini terbuka untuk semua dan kita dapat lihat kehadiran mereka yang jarang ke slot ilmiah namun dapat berjumpa di bazar EMINENT '09. Kata beliau yang berasal dari Selangor menuntut di kuliah Usuluddin tahun 3 Tanta.

Read more...

DPMT Menerima Sumbangan Daripada Wakil ADUN Meru

Berkat kegigihan mencari dana untuk menampung kos perbelanjaan EMINENT '09. Kini DPMT menerima sumbangan daripada wakil Ahli Dewan Undangan Negeri 'ADUN Meru'.
Sumbangan berbentuk Lap top dan pemancar LCD ini bertujuan untuk digunakan sepanjang program EMINENT '09.
Ustaz Hasbunizal mewakili ADUN Meru menyampaikan sumbangan kepada pengerusi DPMT Ustaz Mohd Faizol Endut.
Pihak DPMT mengucapkan jutaan terima kasih kepada ADUN Meru yang telah memberi sumbangan ini untuk memudahkan lagi perjalanan gerak kerja EMINENT '09.

Read more...

BP PMRAM Merasmikan EMINENT '09

"Ku merasmikan EMINENT '09 dengan al-Fatihah.." Begitulah antara ucapan perasmian yang disampaikan oleh Ustaz Hanafi Zulkafli mewakili Badan Pengurus PMRAM 'BP PMRAM' sempena EMINENT '09 yang diadakan pada 8 Mac dan akan berakhir pada 14 Mac ini.
Ustaz Hanafi mengaitkan kehadiran mahasiswa ke al-Azhar ini sama seperti hadir ke sebuah tempat yang begitu popular. Beliau menyebut al-Azhar adalah kiblat ilmu yang mengeluarkan produk yang cukup hebat.
Beliau menyebut, Islam telah lama diperkenalkan dan sememangnya Islam sudah pun terkenal lebih-lebih lagi hasil keluaran dari kilang al-Azhar kebanyakannya membawa perjuangan Islam di tempat masing-masing.
Beliau menambah lagi, kehadiran bulan Rabiul Awwal adalah hadiah istimewa kepada umat Islam untuk merenungikembali sajarah perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah dalam terus memperkenalkan Islam ke seluruh masyarakat.
Peristiwa Isra' Mikraj juga banyak memberi ruang kepada umat Islam untuk menilai dan mengambil pengajaran dari peristiwa penuh bersejarah tersebut.
Beliau menegaskan, selagi al-Quran itu ada, selagi itulah perjuangan ini diteruskan. Ini kerana kesedaran Islam itu tidak hanya timbul atas seseorang bahkan ia dilaksanakan dengan penuh kolektif.
Beliau juga mengingatkan pada tarikh yang sama EMINENT diadakan juga merupakan tarikh yang menjadi sejarah keberanian rakyat Malaysia membuat perubahan. Hal ini perlu diakui dan perlu dicontohi mahasiswa dalam memberanikan diri membuat perubahan.
Menyentuh mengenai PMRAM, beliau banyak mengulas tentang dasar-dasar yang disepakati serta menyeru kepaa ahli untuk sama-sama mendokong persatuan yang telah lama dibina ini.
Majlis berakhir dengan persembahan slide dan penyampaian sumbangan wakil ADUN Meru dan penyampaian cenderahati.

Read more...

EMINENT '09 Medan Peningkatan Thaqafah

Pengerusi Dewan perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) Ustaz Mohd Faizol Endut menjelaskan EMINENT merupakan program tahunan DPMT sebagai medan untuk meningkatkan ilmu dan thaqafah.
Dianggarkan hampir 100 tenaga kerja diperlukan bagi menjayakan agenda tahunan DPMT yang diraikan dengan penuh gilang-gemilang ini.
Beliau menitik beratkan agar program ini mencetus semangat yang baru untuk mahasiswa lebih bersemangat menghadiri kuliah. Selain itu mengharapkan ikatan ukhuwah antara pelajar pengajian agama dan perubatan bertambah erat dan mencetus gerak gerak Islam berjalan dari semasa ke semasa.

Read more...

Dr. Zul Merakamkan Penghargaan Kepada DPMT

Pengerusi Perubatan Cawangan Tanta 'PCT' Dr. Zulkifli Muhammad turut memberi ucapan aluan sempena perasmian EMINENT '09.
Dalam ucapan tersebut beliau memetik sepotong ayat al-Quran bermaksud "bertolong-tolonglah kamu dalam perkara yang membawa kebaikan". Hal ini dijelaskan sebagai memenuhi tuntutan agama dalam setiap kehidupan perlunya kepada perkara-perkara yang membawa kebaikan dalam segala aspek.
Beliau menambah, EMINENT '09 sarat dengan slot yang bermanfaat dan memberi pengetahuan yang berguna kepada setiap pengunjung yang datang ke program ini. Sambil merakamkan penghargaan kepada DPMT, beliau juga turut menyentuh mengenai kelainan EMINENT kali ini dengan peningkatan dalam gerak kerja dan sebagainya.

Read more...

Majlis Perasmian EMINENT '09

Majlis perasmian bermula pada jam 8.30 malam. Seawal majlis hadirin bersama dif-dif terhormat menyanyikan lagu 'Untukmu PMRAM' sebagai meraikan sebuah ikatan persatuan yang telah dibina sekian lama. Pengarah EMINENT '09 Ustaz Mohd Zuhdi Mat Piah telah menyampaikan ucapan aluan dan penghargaan kepada hadirin yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan EMINENT '09. Beliau menjelaskan antara tujuan diadakan majlis ini adalah untuk membina generasi ulama' rabbani. Ia juga dilaksanakan bertujuan membina ukhuwah dikalangan mahasiswa Tanta selain itu meningkatkan ukhuwah diantara mahasiswa pengajian Islam dan perubatan.

Dalam pada itu, jelas Ustaz Mohd Zuhdi EMINENT juga diadakan untuk mengukuhkan dana DPMT melalui Bazar yang diadakan. Beliau turut menyentuh tujuan diadakan EMINENT juga untuk melahirkan muslimah yang berani mendepani isu ummah. Tanpa meminggirkan gabungan tenaga kerja dari DPMT dan PCT 'Perubatan Cawangan Tanta' dalam satu wadah perjuangan dapat membentuk sebuah gerak kerja yang akan berkhidmat untuk masyarakat kelak.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Ustaz Hanafi Zulkafli mewakili Badan Pengurus PMRAM sebagai perasmi EMINENT '09. Pengerusi DPMT Ustaz Mohd Faizul Endut dan Dr. Zulkifli Muhammad selaku Pengerusi Perubatan Cawangan Tanta 'PCT' masing-masing memberi ucapan sempena perasmian EMINENT '09.

Read more...

Saturday, March 7, 2009

Tentatif EMINENT '09

TENTATIF PROGRAM
THE SYMPOSIUM OF MALAYSIAN STUDENTS IN TANTA (EMINENT '09)
SIMPOSIUM MAHASISWA MALAYSIA TANTA (EMINENT '09)
DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA TANTA
SESI 2008/2009


HARI PERTAMA
11 RABI’UL AWWAL 1430H / 8 MAC 2009 (AHAD)

12.30 tgh - 5.30 ptg : Bazar EMINENT ‘09
8.00 mlm - 10.00 mlm : Majlis Perasmian EMINENT ‘09
1) Ucapan Pengerusi Majlis
2) Bacaan ayat-ayat suci al-Quran
Oleh : Ustaz Malik Ahmad
3) Ucapan Aluan Pengarah EMINENT ‘09
Oleh : Mohamad Zuhdi Mat Piah
4) Ucapan Pengerusi DPM Tanta 2008/2009
Oleh : Mohd Faizul Endut
5) Ucapan Perasmian EMINENT '09
Oleh : Badan Pengurus PMRAM
10.30 mlm - 11.30 mlm : Dif-dif jemputan ke tapak Pameran dan Bazar EMINENT ‘09
: Bazar EMINENT ‘09
: TV Live
: Pertandingan Mini EMINENT ‘09
11.30 mlm : Bazar Ditangguhkan

HARI KEDUA
12 RABI’UL AWWAL 1430H / 9 MAC 2008 (ISNIN)

12.30 tgh - 1.30 ptg : Bazar EMINENT ‘09
: TV Live
1.30 ptg - 3.30 ptg : Slot Bersama PMRAM (Talk Show)
Tajuk : PMRAM Sebuah Pertubuhan Kebajikan
Oleh : 1) Ustaz Khairul Anuar Ismail
Presiden PMRAM 2008
2) Ustaz Mohd Fakerei Mahyudin
Ketua Lembaga Penasihat PMRAM 2008
3.30 ptg - 5.30 ptg : Bazar EMINENT ‘09
: TV Live
: Pertandingan Mini EMINENT ‘09
6.00 mlm - 7.45 mlm : Solat Maghrib/Isyak
: Bazar EMINENT ‘09
8.00 mlm - 10.00 mlm : Ceramah Maulid Rasulullah S.A.W
Pengisi : Ustaz Syed Abdul Kadir al-Jufri
10.00 mlm - 11.30 mlm : Bazar EMINENT ‘09
: TV Live
11.30 mlm : Bazar Ditangguhkan





HARI KETIGA
13 RABI’UL AWWAL 1430H / 10 MAC 2008 (SELASA)

12.30 tgh - 1.30 ptg : Bazar EMINENT ‘09
: TV Live
: Pertandingan Mini EMINENT ‘‘09
: Demonstrasi
1.30 ptg - 3.30 ptg : Diskusi Kitab
Tajuk : Kaifa Nata’amul Ma’al Quran
Pembentang : Ustaz Mohd Nazrul Mohd Nasir
3.30 ptg - 4.00 ptg : Solat Asar
4.00 ptg - 5.30 ptg : Bazar EMINENT ‘‘09
: TV Live
: Pertandingan Mini EMINENT ‘‘09
6.00 ptg - 7.45 mlm : Solat Maghrib/Isyak
8.00 mlm - 10.00 mlm : Forum Bait Muslim
Tajuk : Madu Tiga
Panel : 1) Ustaz Majdi Zakaria
2) Ustaz Mohd Zamzaini Mohd Dahlan
3) Ustazah Syahidah Abdul Manaf
Pengerusi : Dr. Siti Nur Alia Kamarulzamil
10.00 mlm - 11.30 mlm : Bazar EMINENT ‘09
: TV Live
: Pertandingan Mini EMINENT ‘09
11.30 mlm : Bazar Ditangguhkan

HARI KEEMPAT
14 RABI’UL AWWAL 1430H / 11 MAC 2008 (RABU)

12.30 tgh - 1.30 ptg : Bazar EMINENT ‘‘09
: TV Live
: Pertandingan EMINENT ‘09
1.30 ptg - 3.30 ptg : Fokus I
Tajuk : Tafsir Surah Pilihan : Surah al-Isra'
Oleh : Ustaz Nik Ahmad Shahir Nik Salleh
3.30 ptg - 5.30 ptg : Bazar EMINENT ‘09
: TV Live
: Pertandingan Mini EMINENT ‘09
: Demonstrasi
6.00 mlm - 7.45 mlm : Solat Maghrib/Isyak
8.00 mlm - 10.00 mlm :Bicara Siswa
Tajuk : Mahasiswa Mesir Peneraju Kepimpinan Negara
Panel : 1) Ustaz Mohd Hanafi Zulkifli
2) Ustaz Wan Saifullah Wan Abd Ghani
3) Ustazah Wan Balqis Wan Ibrahim
Pengerusi : 1) Mohd Jamal Najmuddin
2) Mohamad Faqih Mohamad Puzi

10.00 mlm - 11.30mlm : Bazar EMINENT ‘09
: Tayangan Multimedia
: TV Live
: Pertandingan Mini EMINENT ‘09
: Demonstrasi
11.30 mlm : Bazar ditangguhkan


HARI KELIMA
15 RABI’UL AWWAL 1430H / 12 MAC 2008 (KHAMIS)

12.30 tgh - 3.00 ptg : Bazar EMINENT ‘09
: TV Live
: Pertandingan EMINENT ‘‘09
: Demonstrasi
3.00 ptg - 5.30 ptg : Fokus II
Tajuk : Al-Quran dan Perubatan
Pengisi : Dr Mohd Effy Saiful b. Mohd Fathil
6.00 mlm - 7.45 mlm : Solat Maghrib/Isyak
8.00 mlm - 10.00 mlm : Fokus III
Tajuk : Kepentingan Penyelidikan Ilmiah Dalam Dunia Akademik
Pengisi : Prof. Madya Dr. Hasan Basri Awang Mat Dahan.
10.00 mlm - 11.30mlm : Bazar EMINENT ‘09
: Tayangan Multimedia
: TV Live
: Pertandingan Mini EMINENT ‘09 : Demonstrasi
11.30 mlm : Bazar ditangguhkan

MALAM KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ISLAM (MANIS ’09)
17 RABI’UL AWWAL 1430H / 14 MAC 2008 (SABTU)

5.00 mlm - 6.00 mlm : Kehadiran peserta-peserta ke dewan penutup.
: Makan malam

7.15 mlm - 7.45 mlm : Solat Isyak

8.00 mlm - 9.00 mlm : Majlis Perasmian Penutup EMINENT ‘09
1) Ucapan Pengerusi Majlis
2) Ucapan Pengarah EMINENT ‘09
Oleh : Mohd Zuhdi Mat Piah
3) Ucapan Pengerusi DPM Tanta 2008/2009
Oleh : Mohd Faizol Endut
4) Ucapan Perasmian Penutup EMINENT ‘09
Oleh : Presiden PMRAM 2008

9.00 mlm - 11.30 mlm : Konsert Perdana dan Penyampaian Hadiah

11.30 mlm : Program EMINENT ’09 berakhir
Gotong-royong bersih dewan

Read more...

Muqaddimah

Bagi meneruskan kesinambungan pentarbiyahan untuk melahirkan golongan ulamak yang professional dan berwibawa, Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta sesi 2008/2009 telah bersepakat mengadakan program The Symposium Of Malaysian Student’s In Tanta (EMINENT2009). EMINENT 2009 akan dimuatkan dengan pengisian yang bersifat global dan menyentuh isu tanahair dan dunia, bagi melahirkan golongan mahasiswa yang peka dengan perubahan zaman serta bersedia menghadapi arus globalisasi.
Berdasarkan tema “Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan ”, diharapkan EMINENT 2007 Iini bukan sahaja mampu melahirkan golongan ulamak yang dinamik dan globalis, bahkan bakal mengubah persepsi masyarakan terhadap golongan agamawan yang ditohmah terlalu jumud, tidak professional dan ketinggalan zaman. Semoga EMINENT 2007 akan memberi impak yang baik dan menjadi batu loncatan untuk golongan mahasiswa Azhar khusunya menjadi golongan ulamak yang professional dan dihormati
.

Read more...

About This Blog

About This Blog

Tukar Dokumen Anda Ke PDF

You did it! Your document will be now converted into a pdf file and sent to the specified e-mail address. It will take a little time, please be patient...
Pilih Dokumen
Masukkan emel anda

Dapatkan PDF melalui emel anda

  © EMINENT '09 www.eminent09.blogspot.com Hak Cipta Terpelihara 2009

Kembali ke ATAS